Salam semua penyokong bolasepak Malaysia,
Hey.....memang geram, teramat kecewa. Aku rase baik aku je yg main, walaupun boleh tahan 10 minit je.haha...Apa ni Raja??? Teringat aku dialog dalam Seniman Bujang Lapok:
P.Ramlee: Raja mana?
Sudin: Raja kapur..
P.Ramlee: Hey...raja kapuuurr...
Sudin: Iya..
P.Ramlee: Apasal muka ko mcm tepung koma'?
Sudin: ei, apada tepung koma', aku pkai bedak lawa2 ko panggil tepung koma'
hahaha...
tapi kali ni kte ade dialog baru, bunyi die cmni:
Peminat: Raja mana?
Raja: Raja kapur..
Peminat: Hey...raja kapuuurr...
Raja: Iya..
Peminat: Apasal harimau kte mengembek je skang?
Raja: ei, apada mengembek, aku dh wat eksperimen, bdk2 ni yg main mcm kambin..
Mmmmbbbbeeekkkkk
Salam,
Pasukan bolasepak Johor dengan rasminya telah menandatangai kontrak selama setahun (1 musim) dengan permain kelahiran Italy, Simone Del Nero. Aku rase ayah die ni dulu keje syarikat "DELL", pastu mak die lak asik burn cite Korea je gune "Nero"..hahaha..
Apa pun ni sedikit info tentang Del Nero ni, die pernah main untuk Italy Under-21 je, die xpernah pun dipanggil bermain untuk skuad senior Italy. Tu sebab kte xpernah nampak mamat ni kt World Cup ke, Euro ke, bahkan untuk pusingan kelayakan pun xpernah dipetik namanya oleh jurulatih2 pasukan senior Italy. Skang umur die dh 31 tahun, jadi dh 10 tahun yg lalu die mewakili negara die. Pada tahun 2011, Del Nero ni injured memanjang dr bulan Jan ke Feb, pastu dr bulan Sept ke Dec 2011. Del Nero juga pernah memenangi pingat Gangsa di Olimpik Athens 2004.

Del Nero "burner" ni pernah di'loan'kn sebanyak 3 kali sepanjang carrier die di Italy. Carrier Del Nero ni xde r baik sangat nk dibandingkan dengan Dani Guiza, sehinggakan die pernah dipinjamkan ke pasukan Livingston. Pasukan "batukehidupan"..haha...pasukan ni main kt liga Scotland. Pernah dengar ke?Aku kenal pn 2 team je kt liga Scot tu, Celtic dgn Rangers, tu pun Rangers dh bankrupt kena tendang ke division 3 iaitu Scottish 3rd Division.
Posisi Del Nero ni kat area midfield (tengah) kiri sebab die ni left footed. Die juga boleh bermain untuk posisi bek kiri. Tapi utk pasukan Johor ni aku tak pasti di mana Fandi Ahmad akan letakkan die. Tapi menurut sumber, die dibawa ke Johor untuk mengisi slot pemain tengah. Tak tahu r aku boleh ke mamat ni main tengah, kite test dulu die main bek kiri, tengok power x power..haha..
Korang boleh tgk gambo2 yg aku postkan ni untuk referral. Same2 r kte doakan segala duit yg dibelanjakan utk memartabatkan pasukan bolasepak Johor ni membuahkan hasil treble next season :)
Gambo peminat menyambut Del Nero siap berkompang bagai
Salam,

Peh....memang x percaya r ape yg sedang berlaku skang...tetibe team bolasepak Johor berusaha menaikkan semula martabatnye dipersada bolasepak tempatan. Terbaru diorg sign Dani Guiza. Memang xde keje. Byk betul duit team Johor ni. Seingat2 aku, team Johor ni antara team yg paling corrupt kt Malaysia ni. Dari tahun 1992 time team Johor ni naik dgn barisan pemain import yg hebat2 seperti Boban, Elister dan Abbas. Tapi lepas je menang tahun 1992, terus terlingkup team ni dgn gaji pemain tidak dapat dilunaskan dgn baik. Dan sehingga tahun 2010, Johor mempunyai 3 team dalam liga Malaysia iaitu, MP Muar, Johor FC dan Johor. Tahun 2012 ni, Tengku Mahkota Johor dh masuk campur dan ingin memartabatkan kembali team Johor ni. So belanja sakan xingat r, beli pemain kembar Zaquan, Muslim, Azmi dan star midfield negara Syafiq Rahim. Selain tu ade juga khabar angin mengatakan team Johor sedang cuba mendapatkan star striker Liga M, Mat Yo. Keseluruhan perbelanjaan xtau la berapa. Agak2 boleh buat tambak Johor yg baru kot.hahaha...Ape2 pn aku ucapkan selamat berjuang team Johor. Tetap dihati walaupun x ke stadium :)
Salam semua :)
Ni dh kali ke berapa ntah buat blog. Tapi xdpt2 nk publish. Search kt google, xde pn blog aku, mane pegi?huhu...so try jela lg sampai dpt publish bebenor..hahaha...
Untuk isteri tersayang, kite harungi hidup ni same2 k, ape2 pn same2..start dr dulu lg kn syg :)
Untuk para pembaca, baca r dgn tekun :p ...ambil yg jernih2 jer k.hehe...